TRAVELOG UMRAH

"Selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.

Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat daripada besi baja. Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.

Andre Johnson Authentic Jersey