TRAVELOG UMRAH

"Selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

5 RUKUN UMRAH

  1. Berniat ihram umrah
  2. Tawaf Kaabah 7 pusingan
  3. Saie di antara Safa dan Marwah 7 pusingan
  4. Bergunting atau bercukur (untuk tahallul)
  5. Tertib

WAJIB UMRAH

  1. Niat ihram di miqat (sempadan)
  2. Menjaga pantang larang ihram.

Umrah tidah sah jika salah satu rukun tertinggal atau tidak dilakukan mengikut syaratnya. 

INI PENTING DAN PERLU DIFAHAMKAN BETUL-BETUL!

Jika salah satu rukun tertinggal atau tidak dilakukan mengikut syaratnya, dia masih lagi dikira berada dalam ihram, walaupun telah pulang ke tanahair.

Ini kerana niat ihram tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kecuali dengan membayar dam ihsar untuk keluar dari ihram.

Jika seseorang itu melakukan rukun ihram dengan tidak cukup syarat maka umrahnya juga tidak sah dan [INI PENTING] ia masih lagi dikira berada dalam ihram walaupun telah pulang ke tanahair dan masih lagi terikat dengan perkara wajib umrah iaitu menjaga pantang larang dalam ihram. Contohnya jika tawaf tidak sempurna, maka saienya turut tidak sempurna.

WAJIB UMRAH ialah perkara yang wajib dilakukan semasa umrah.

Jika tertinggal yang wajib masih sah umrahnya, tetapi kurang sempurna dan dikenakan dam. [INI PENTING]

Jika ditinggalkan dengan sengaja adalah berdosa. Jika tidak dibayar dam maka tergantung amalannya diantara langit dan bumi. [INI PENTING]

SUNAT UMRAH

Perkara sunat dilakukan semasa umrah ada terlalu banyak untuk dinyatakan, antaranya ialah;

A. Sebelum Ihram

  1. Bersedekah sebelum berangkat
  2. Memotong kuku
  3. Mengemas/memotong bulu yang ada dibadan seperti rambut, misai, janggut dan ari-ari.
  4. Memakai ihram berwarna putih
  5. Mandi sunat ihram
  6. Solat sunat ihram

B. Sesudah berniat ihram

  1. Bertalbiah selepas niat sehingga tawaf
  2. Berdoa disetiap lokasi ibadah umrah
  3. Mengucup dan istilam (melambai tangan) kepada Hajarul Aswad
  4. Solat sunat tawaf dibelakang makam Ibrahim

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.

Andre Johnson Authentic Jersey