TRAVELOG UMRAH

"Selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

KEMATIAN YANG DICEMBURUI

Raudhah dikatakan antara taman syurga dan tempat paling mustajab untuk berdoa. Pasti beruntung sesiapa yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini kerana di sinilah terletaknya makam Rasulullah dan para sahabat.

Seorang jemaah umrah dari Kota kuala Muda yang berlepas ke tanah suci mekah pada 24 November lalu, Siti Faridah Ahmad, 64 atay dikenali sebagai Mak Lang telah dijemput Ilahi tatkala beliau dalam perjalanan ke menuju ke Raudhah.

Cerita seorang mutawif yang membawa kumpulan jemaah Mak Lang berkata, jemaahnya itu berada dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.

Katanya, Mak Lang terjatuh tatkala beliau melangkah menuju ke Raudhah iaitu satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah.

Selepas itu mangsa terus dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk mendapatkan rawatan dan telah disahkan meninggal.

Masha Allah, sungguh bertuah Mak Lang kerana dipilih untuk bertemu Ilahi tatkala berada di tempat yang suci. Pastinya amalan Mak Lang semasa hidup membuatkan Allah memilih beliau untuk bertemu denganNya dalam keadaan sedemikian rupa.

Sumber: Sinar Harian

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.

Andre Johnson Authentic Jersey