TRAVELOG UMRAH

"Selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

DOA BERMUSAFIR :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.”

DOA MENAIKI KENDERAAN:

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.” (Az-Zukhruf : 13 – 14)
(Rujukan: e-mosque)

7 AMALAN SUNAT KETIKA BERMUSAFIR

1. Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik dan bukan maksiat, agar perjalanan sentiasa diberkati Allah s.w.t.
2. Menunaikan solat sunat Musafir, 2 rakaat sebelum bertolak.
3. Memulakan musafir pada hari Isnin atau Khamis.
4. Sunat bermusafir dengan membawa teman. Elakkan bermusafir bersendirian.
5. Meminta keluarga supaya mendoakan perjalanan yanng selamat.
6. Membaca doa ketika keluar rumah dan menaiki kenderaan.
7. Disunatkan menjamak dan mengqasarkan solat fardhu bagi perjalanan yang melebihi 2 marhalah (60 batu/96.6km)

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.

Andre Johnson Authentic Jersey