TRAVELOG UMRAH

"Selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

Menjadi impian ramai muslim di dunia untuk sampai ke tanah suci Allah, Mekah dan Madinah. Kepada siapa yang telah berjaya mengerjakan ibadah Umrah/Haji tentu akan rasa sangat bersyukur. Namun bagi yang belum mendapat seru, usahlah anda risau dan teruskan berdoa kepada Allah agar DIA memperkenankan kita sebagai tetamuNya di Tanah Haram suatu hari nanti.

Apa yang ‘best’ bila buat umrah? Antaranya ialah;

#1 Menjadi Tetamu Allah

Ibadah Umrah menjadi sangat istimewa apabila kita terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Haram, namun bukan semua orang mendapat peluang tersebut. Bukan untuk mendabik dada kerana terpilih, tapi sebagai peringatan supaya pergi dengan keazaman dan usaha mendapat umrah yang mabrur. Juga dengan harapan dan usaha supaya istiqomah selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

 “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

#2 Satu Dirham Menjadi Sejuta Dirham

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada tahun haji Wada’ di Mekah,

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

#3 Beruntung Jika Meninggal Dunia Di Sana

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’

#4 Dapat Pahala Seperti Mengerjakan Ibadah Haji

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

 “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

#5 Menjauhkan Kefakiran

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

#6 Penghapusan Dosa

 Rasululluh S.A.W telah bersabda yang bermaksud 

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.

Andre Johnson Authentic Jersey