ANDA TERINGIN NAK PERGI UMRAH...

Tapi macam-macam kerisauan bermain difikiran anda?

Anda Tak Tahu Nak Pilih Pakej Yang Mana?

Anda Takut Kena Tipu?

Anda Nak Hotel Dekat Masjid?

Anda Nak Yang Murah?
JANGAN RISAU LAGI!

Kami sedia membantu menyelesaikan kerisauan dan ketakutan anda.
umrah2u - 1x1 promo 1
ANDA TAKUT KENA TIPU?

Kenal tak ustaz ni?
ca796c98-f5b5-4d23-9c1d-5dff57c75921

Untuk yang tak kenal lagi, beliau ialah Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Pernah tak dengar ceramah Ustaz ni?

Suka tak dengar ceramah ustaz ni?

Nak tak kalau ustaz ni yang pimpin anda buat umrah nanti?

Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ni dulu boleh?
Sedikit latarbelakang beliau.

Kelulusan:
  • Diploma UNISZA Bidang Usuluddin
  • Degree Pengajian Islam
  • Master dalam bidang Arab As Second Language

Pengalaman:
  • Bekas Pensyarah UIAM dalam bidang Bahasa Arab
  • Berpengalaman sebagai fasilitator dan melatih kakitangan syarikat-syarikat di Malaysia
  • Menjadi pembimbing HAJI untuk kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) tahun 2000
  • Menjadi pembimbing rombongan Umrah untuk kakitangan Media Prima (TV3) dari 2005 - 2010
  • Penceramah bebas
  • Pakar motivasi
  • Mursyid program realiti DA'I 2018
Juara Musim ke-6 - Da_i Adam Muhibulllah Abdullah

Pengalaman ibadah Umrah yang bakal anda alami bersama Eiman Travel akan jadi satu pengalaman yang sangat manis dan terkesan sehingga insyaAllah anda akan istiqomah selepas pulang dari Tanah Haram.

Dan sekarang Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dah tak sabar nak berkhidmat untuk anda dan keluarga sebagai pembimbing ibadah Umrah anda kali ini.

SEDIKIT LATARBELAKANG SYARIKAT
EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD

Eiman Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Julai 2012. Walaupun demikian Eiman Travel melalui Pengarah Urusannya Dato' Ustaz Mohd Zawawi bin Yusoh telah banyak menimba ilmu dan pengalaman berkenaan umrah dan ziarah.

Beliau sebelum penubuhan Eiman Travel telah banyak kali menjadi pembimbing jemaah umrah sama ada untuk syarikat umrah yang lain mahupun yang dijalankan secara kerjasama dengan syarikat umrah lain.
ANDA TAK NAK JAUH SANGAT DARI MASJID?
Salah satu hotel yang kami sediakan untuk anda ialah Hotel Al-Jiwar

90 meter dari Masjidil Haram
Kalau macam ni jauh tak?
IMG_8272 (view dari tingkap hotel al-jiwar umrah eiman travel)
Pemandangan waktu malam dari tingkap bilik Hotel Al-Jiwar. Nampak Masjidil Haram.
IMG_8292 (view siang dari tingkap hotel al-jiwar umrah eiman travel)
Pemandangan waktu siang dari tingkap bilik Hotel Al-Jiwar.

APA YANG BEST DUDUK HOTEL DEKAT DENGAN MASJID?
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”. (Riwayat Muslim)
Mungkin bayaran Pakej Umrah Bermodul bersama kami lebih kurang sahaja dengan pakej-pakej Umrah yang lain.

Jadi kenapa anda perlu memilih Pakej Umrah Bermodul kami?

Ada beberapa kelebihan dan pengalaman tambahan yang anda akan dapat jika anda memilih untuk pergi umrah bersama kami iaitu;
  • Anda dapat solat berjemaah di masjid setiap waktu solat. Malah anda juga tak perlu terburu-buru untuk keluar masjid selepas solat kerana mungkin anda datang dengan kawan-kawan, takut tertinggal. Ini perkara biasa untuk jemaah yang baru pertama kali mengerjakan umrah. Jadi apabila hotel dekat dengan masjid, anda tak perlu risau tertinggal kerana anda boleh balik ke hotel sendiri. Keluar dari masjid dah nampak hotel.
20150319_204345
  • Banyak masa untuk buat tawaf sunat.
  • Boleh balik hotel untuk berehat sekejap atau nak bersihkan diri. Lepas tu boleh turun semula untuk sambung iktiqaf di masjid.
  • Dapat luang banyak masa beribadah dalam masjid tanpa perlu risau tentang perjalanan, makan dan lain-lain urusan peribadi terutama lagi apabila anda membawa anak-anak bersama.
  • Anda akan jadi seorang cemburu apabila melihat ramai orang berjalan menuju ke masjid. InsyaAllah anda juga akan ada perasaan rugi untuk duduk dalam bilik hotel walaupun sekejap.
  • Dapat rancang masa untuk ke masjid lebih-lebih lagi untuk jemaah yang pergi secara berkumpulan kerana biasanya bahagian dalam masjid ditutup awal satu jam sebelum masuk waktu solat. Jadi jika jemaah yang terlambat sedikit terpaksa solat diluar bangunan. Walaupun pahala jemaah solat di masjid anda masih dapat, namun rasanya berbeza. Kepuasannya berbeza. Kerana apabila kita solat didalam masjid, kita secara fizikal lebih dekat dengan Kaabah. Jadi rebut peluang yang mungkin hanya seumur hidup sekali sahaja peluang ini anda dapat rasai. Gunakan sebaik mungkin.
createimage_small
DSC00664
jamaah-shalat-di-luar-masjidil-haram-di-_121024120732-794
DCIM101GOPRO
  • Apabila jalan utama ke masjid ditutup, anda terpaksa ikut jalan lain yang lebih jauh dan bersesak untuk ke masjid. Mungkin anda terpaksa solat diluar masjid dahulu. Selepas solat fardu baru anda dapat masuk ke dalam masjid untuk tawaf atau lain-lain ibadah sunat.
  • Jika anda merancang untuk membawa ahli keluarga atau ibu dan ayah yang berkerusi roda atau tua, memilih pakej umrah yang berhampiran dengan hotel adalah satu kelebihan besar kepada anda. Kelebihan dari segi masa, duit, pengangkutan, tenaga dan emosi. Bukan sahaja bermanfaat kepada anda malah kepada mereka yang berkerusi roda juga. Kami faham keperluan dan keinginan semua orang ingin buat yang terbaik sepanjang berada di Tanah Haram walaupun berkerusi roda. Semua orang layak untuk beribadah dengan selesa dan tenang.

Berdoa dan mintalah kepada Allah supaya diberikan bilik menghadap masjib. Bahagia rasanya bila tengok kat tingkap, terus nampak Ka'abah. Dari bilik nampak 24 jam manusia berjalan keluar masuk masjid tak berhenti.

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW.

Hanya dengan memandang empat
perkara ni pun kita sudah dapat pahala.
Hanya dengan memandang empat perkara
ni pun dikira ibadah.
4 perkara itu ialah;
  • Wajah ibubapa
  • Al-quran
  • Lautan
  • Ka'abah

Nabi SAW bersabda : Setiap hari ada 120 rahmat turun ke Baitullah, Ka’bah, 60 rahmat di antaranya turun untuk orang-orang yang sedang thawaf mengitari Ka’bah, dan 40 rahmat turun untuk orang-orang yang sedang i’tikaf di sekitar Ka’bah, sedangkan 20 rahmat turun untuk orang yang memandang Ka’bah. (HR. Abu Dzar dan Al-Arzaqi).
diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. (Riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”. (Riwayat Muslim)
Rebutlah peluang keemasan ini. Belum tentu lagi kita dapat pergi untuk kali kedua kerana rezeki Allah yang tentukan. Jadi ambillah peluang untuk buat sehabis baik sementara peluang telah terbuka didepan mata.

Kami percaya, semua orang yang nak buat yang terbaik semasa mengerjakan umrah.

Mungkin dengan tambah sedikit modal sahaja anda dapat dengan selesa beribadah sebaik mungkin dan berpeluang merebut ganjaran-ganjaran dan pahala seperti diatas.
Jom pergi Umrah bersama Eiman Travel
"PAKEJ UMRAH BERMODUL"

yang dipimpin oleh

Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
21317615_756920094492006_3244732035692474017_n
21317595_756920074492008_5723048588671869481_n
Screen Shot 2018-10-18 at 8.58.12 AM
Screen Shot 2018-10-18 at 8.57.47 AM
Screen Shot 2018-10-18 at 8.58.00 AM
Screen Shot 2018-10-18 at 8.57.42 AM
Screen Shot 2018-10-18 at 8.57.29 AM
ca796c98-f5b5-4d23-9c1d-5dff57c75921
20181025_171341
20181025_170642(0)

Mungkin anda tertanya-tanya,

Apa Maksud "Bemodul" Itu

Bermodul itu bermaksud pakej umrah kami menyediakan modul pembelajaran dan kelas penghayatan tentang ibadah umrah dan ibadah-ibadah lain sepanjang berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Antara modul yang akan dikongsikan kepada anda nanti ialah;
  • Modul Bagaimana Cinta Allah
  • Modul Bagaimana Cinta Rasul
  • Motivasi Rumahtangga
  • Bengkel Solat Sempurna
  • Rawatan Gangguan Makhluk Halus
  • Penyucian Jiwa dan banyak lagi

Kenapa Ustaz Memilih Modul-Modul Ini?

Bermula dari tidak kenal Allah, tidak cinta kepada Rasul dan kelemahan ibubapa yang kurang faham tanggungjawab sebagai wali Allah diatas muka bumi ini menjadi antara punca kepada banyak masalah yang berlaku di akhir zaman ini.

Berpunca dari asas agama yang lemah, ditambah lagi dengan kurang beramal menjadi hati kita semakin jauh dari rahmat Allah.

Maka atas kesedaran dan tanggungjawab inilah modul-modul tersebut dirancang. Belajar dan terus beramal. Insyaallah ilmunya akan lebih mudah faham dan kekal dalam ingatan lebih lama.

Anda juga akan dibekalkan dengan beberapa amalan penyucian jiwa untuk di praktikan sepanjang berada di Tanah Haram yang akan menjadi bekal untuk anda amalkan apabila pulang semula ke tanahair.
PAKEJ PENERBANGAN

Penerbangan direct dari KLIA ke Airport Jeddah atau Madinah.
Flight path KUL - JED

KAMI SEDIAKAN
HOTEL YANG DEKAT
DENGAN MASJID
Hotel di Mekah
2019-03-19 15.06.03

Hotel di Madinah kami sediakan Hotel Bahauddin.

Hotel ini dekat dengan Gate 25, dimana dekat dengan pintu masuk jemaah wanita ke Raudah.
Umrah2u - Hotel Bahauddin Madinah (view masjid)
Umrah2u - Hotel Bahauddin Madinah (frame)

Betul tak?
Dekat sangat kan?

Anda boleh pilih nak yang mana.

200 meter
90 meter
60 meter

Anda tak perlu pengangkutan awam. Boleh jalan kaki jer. Yang berkerusi roda pun selesa dan mudah untuk ke Masjid.
Dengan harga
yang sangat berpatutan
dan mampu milik
*Tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa
Beza harga sikit jer...kan?
NAK TAU TAK RAHSIA
DAPAT PERGI UMRAH
DENGAN HARGA
YANG LEBIH MURAH?
Anda berpeluang dapat DISKAUN sehingga RM2,000 seorang.

Nak tau macamana? Caranya..
Ajak kawan-kawan group whatsapp, sekolah, universiti, masjid, surau, office atau ahli keluarga untuk pergi mengerjakan Umrah bersama-sama anda. Ambil pakej duduk bilik hotel berempat, berlima atau berenam. Lebih ramai lebih baik.

Dalam masa yang anda dapat pahala mengajak kepada kebaikan. Pahala dapat. Diskaun pun dapat. Untung berganda!
umrah2u - 1x1 promo 1
InsyaAllah akan ada trip ziarah ke Taif

Apa ada kat Taif?
Pada tahun ke-10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid ibn Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.

Mereka berjalan kaki tanpa menunggangi unta. Tujuannya agar Quraisy tak mencurigai perjalanan yang memakan waktu empat hari itu.

Islam ditolak pada awalnya di Taif sehingga baginda luka berdarah dilempar batu dan banyak lagi sirah perjuangan baginda di Taif akan dikongsikan selain sosiologi dan geografi Taif.

Disinilah peristiwa Jibril ingin menterbalikan gunung-gunung keatas penduduk Taif, namun baginda melarang Jibril.

Tujuan utama ziarah ke Taif adalah untuk kita hayati sejarah dan susah-payah dakwah Rasulullah SAW.

ANTARA AKTIVITI DI MEKAH

ANTARA AKTIVITI DI MADINAH
  • Ziarah Masjid Nabawi
  • Ziarah Makam Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq & Umar Al-Khattab
  • Ziarah perkuburan Baqi
  • Ziarah Masjid Quba
  • Ziarah Ladang Kurma
  • Ziarah Bukit Uhud

ANTARA AKTIVITI TAMBAHAN.
InsyaAllah jika ada kesempatan.

TESTIMONI
Apa kata mereka yang dah pernah pergi dengan Pakej Umrah Bermodul Eiman Travel?
umrah2u - testimoni fauziah ghous
44724238_2116332655285030_4310439589543797401_n
39881770_535384166892345_5279821073842438144_n
"Seronok sangat. Anak-anak pun suka. Nanti nak pergi lagi dengan Eiman Travel"
"Alhamdulillah. Ini pengalaman pertama kali pergi umrah. Walaupun bawa 2 orang ahli keluarga berkerusi roda, perjalanan ibadah dan ziarah tiada halangan. Terima kasih Eiman Travel. Banyak pengalaman dan kenangan yang manis sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Recommended! Saya bagi 5 bintang."
...."Memang cukup puas hati dengan layanan kekeluargaan baik di Mekah maupun di Madinah"...

..."Pengisian ilmu disampaikan mutawwif cukup terkesan"....

..."Pengalaman mengerjakan umrah bersama Eiman Travel amat berbaloi dan penuh bermakna"...

..."Alhamdulillah, keindahan pengalaman umrah bersama keluarga yang tidak akan dilupakan"...
ANDA PULA MACAM MANA?
Hidup kena ada impian
dan impian kena jelas dan spesifik.
Sama juga macam nak pergi nak pergi umrah.
Semua orang ada impian nak pergi umrah.
Betul tak?
Jom kita berangan-berangan dulu.
Berangan tak kena bayar.

Anda pilih satu tarikh dan whatsapp jer kami dulu.
Nanti kami akan terangkan lebih detail.
*Tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa
Takpe whatsapp dan tanya-tanya jer dulu.

Sekurang-kurangnya anda boleh dapat fikirkan idea dan gambaran macamana nak merancang bila, macamana dan dengan siapa anda nak pergi umrah. Nanti bila rasa nak pergi dah senang.
Betul tak?

Yakin dan percayalah jika kita bersungguh nak pergi umrah, pasti Allah mudahkan urusan kita.

Jika anda memang dah memang nak pergi atau dah ada tarikh, WhatsApp kami sekarang untuk booking tarikh dulu.

Biasanya musim-musim cuti sekolah dan cuti panjang hotel cepat habis. Booking tarikh awal-awal untuk mudahkan urusan.

Bagi yang bekerja, senang sikit bila apply cuti awal.

Untuk yang nak tinggalkan anak-anak, boleh rancang macamana nak tinggalkan anak-anak.

Untuk yang nak bawa anak-anak, boleh hantar awal surat cuti ke sekolah.

Okay, untuk pertanyaan lebih lanjut, WhatsApp kami sekarang. Tekan jer butang hijau kat bawah ni.

All Right Reserved Umrah2u.com